Wednesday, August 24, 2011

Kisah Kewujudan Buah Tamar..


Sempena bulan puasa yang mulia ni..ramai umat Islam membuka puasa dgn buah tamar or kurma kan?
mcm ZD, kdg2 je..hehehhee..tp ske gak mkn buah kurma ni..buat goreng mcm goreng pisang pn sdap gak..buang bijik...sedap, cubala nanti k.. :D

actually, nk share utk renungan bersama kisah kewujudan buah tamar utk renungan bersama..TQ kpd insan yg tlah forward email kat ZD & share kisah ni ngn ZD..bersyukur, akhirnya dpt jgak tau mcamana wujudnya buah tamar yg mnjadi buah yg utama & mulia di bulan mulia, ramadhan!

Ikuti kisah kat bawh ni::::

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat  dan kandungan gulanya  cepat meresap ke dalam tubuh.   Kita selalu mendengar  kisah2 Rasulullah s.a.w.  dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan  masih ramai tidak mengetahuinya.

Syukur dengan berkat  mengunjungi Makkah dan Madinah  untuk mengerjakan umrah  semasa  pengambaran "Drama Cinta Madinah"  yang bakal  disiarkan ceritanya pada  saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau  Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).
Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan  tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam.  Selepas Maryam melahirkan  anaknya Nabi Isa a.s.,  Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk  menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat  dia melahirkan anaknya  lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat  berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat  bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa  a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah  pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok  ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).
Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang  ke langit. Pokok tamar  betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan  tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan  debu-debu halus. Pada bulan ini  ketika tamar betina   mengeluarkan bunga,  petugas (terdiri dari mereka  yang berbangsa Arab)  akan memanjat pokok tamar  betina dan dijalankan  proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga  ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.

Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh  melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak  akan masak jika suhu kurang dari  55oC.    Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah  musim  menuai.
Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai  ada   beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan  pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan  boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok  tamar betina .

Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu  sedikit.   Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk  kegunaan berulang-ulang kali  selagi debunganya masih ada. "
Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba  perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang  atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah   s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan  manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik  ke atas  pokok  tamar  untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa  lain tak  mampu, tenaga  tak  sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long. Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami  juga bingung kenapa keunikan ini  berlaku pada buah yang  istimewa ini,  lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj  Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya.    "Masya-Allah bau air  mani," kata kami tergamam. "Ya,  memang bau air mani, bau ini bukan semua  makhluk suka. Pokok tamar kalau  mahukan buahnya elok, ia  mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok  ini Allah s.w.t.jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. " "Ringkasnya, dia  umpama pak menakan (ayah saudara)  kita. Sebab itu kita tak  boleh pandang remeh padanya.

Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat  sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah  yang serasi dengan  badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap  kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara  kesuciannya di samping mudah untuk kita  menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering.  Penjual tak risau  lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak  Long dengan senyum lebar.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...