Wednesday, August 24, 2011

Bila Lelaki Merajuk???


Q: Lelaki merajuk?? huhuhu...ada ke?
ZD: Lelaki pun ada perasaan gak kan? Memang ada.

Q: Mcmna lelaki merajuk? Xmacho arr kan lelaki merajuk... :D
ZD: sapa2 yang bercinta sure tau punya..sapa2 yang xbercinta, slalunya ayat2 diorg ni sedih2, macam membawa diri..xpun mendiamkan diri..

ZD mmang akan blur if lelaki mrajuk...memang xtau nak pujuk macamana...lagi dipujuk lagi merajuk plak...hmmm..alih2 merajuk sndri sbb xreti nak pujuk...& biar dia tenangkan hati & fikiran dia dlu...dh ok baru la cari balik..tapi tu la, resah gelisah tu mmg xtau nak cakap aarr kan, memang tahap gaban punya gelisah.

kadang2 hal2 yg xdisengajakan or kita xaware pun leh jd punca gak...alaa...mcm pompuan merajuk gak arrr..sama je! mcamana kita handle situasi tu la yg plg penting, jgn smpai melarat...mmg susah kdg2 nk memujuk lelaki ni, sbb kita ni pompuan yang memang susah nak memahami kaum adam (org lain ZD xtau..)
orang merajuk ni nak kan perhatian sebnrnya, ada berlakunya salah faham dan jugak nak kita belajar and faham dgn kesilapan yg kita wat smpai diorg trasa hati & merajuk,,

Kebetulan td ZD adala membelek2 blog org lain, then tetiba terbaca artikel bertajuk '4 Tips Memujuk Lelaki'. So ZD ingat nk share la kat blog ZD plak...macamana nk pujuk?? ni antara tips nye:::

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

hope tips2 ni leh bantu kaum hawa handle lelaki merajuk2 ni...xkira apa status lelaki tu ngan kita, hope kita cuba bring them back to live..cceewaaahh...peace no war!

4 comments:

saya_arief said...

lame dah xmerajuk.. kene merajuk sekali ni.
haha.
:D

Zarns Dir said...

arief: blh je nk mrajuk tu...uji ati si dia... :D

Anonymous said...

tension gak...bila dia senyap mcm tu kita pun ingat mcm2 lah dia tak syg kita ...tension tau

zArNs DiR BoUtiQue said...

anonymous: mmg tensen gak kalau dia diam tiba2..lgsg wat dek..tp tu la..kena la kita pjuk dia blik...tp bukan sng nk pujuk lelaki ni..kena pndai2 la...xbermkna dia xsyg..tp nk tgk kita pujuk dia ke x..nk menduga la tu...tp series, ZD nyampah bila lelaki merajuk.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...